alt text

Bekas Pengurus Kedah Bangkit!

Pengurusan harus disalahkan kerana gagal mengembalikan kegemilangan pasukan Kedah.

TMK1
alt text

Ustaz Mee Segera

Kepada pembaca, anda faham apa itu mee segera? Pasti ramai yang faham bukan, satu makanan segera yang amat mudah dimasak.

TMK2
alt text

Maksiat di Gunung Jerai

Apa dah jadi? Blogger Pas mendedahkan sarang maksiat di Kedah? Gunung Jerai, lambang kegagahan negeri Kedah. Diantara gunung ketiga tertinggi....

Darul3
alt text

Wajah hantu di Kedah

Gempar di Kedah khususnya bagi penduduk di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah.Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah....

Darul4
alt text

Petua Melihat Gadis Perawan

Malam Jumaat ni suasana dia lain sikit bagi orang yang berumah tangga, malam menunaikan tanggung jawabla katakan dapat bonus...

Darul5
alt text

Wayang Kulit Sri Asun

Sapa orang Kedah yang tak kenal dengan Etong dan Ekeng? Ni la hiburan orang dulu.

Darul6
alt text

Remaja Sungai Petani Maksiat

Petang 9 Oktober 2010, tinjauan yang telah saya lakukan didapati berbondong-bondong remaja melayu yang masih bersekolah memenuhi pasaraya Central Square terutama di tingkat 4 dan 5. Bilik-bilik karaoke di tingkat tersebut boleh dikatakan 100 peratus dipenuhi oleh remaja melayu yang masih bersekolah.

Darul4
alt text

Melayu Buta Sejarah!!

Abang nak ceritakan kisah benar yang berlaku dikalangan remaja melayu kita sekarang. Tahukah kita bahawa ramai dikalangan remaja melayu yang...

Darul8

Paling Popular!

10 KAKITANGAN KUIN DIHALANG MASUK KE KAMPUS BARU

  • Thursday, 21 March 2013
  • by
  • Medan Tempur Kedah


  • Semalam artikel tentang 10 orang staff KUIN tidak dibenarkan masuk ke dalam kampus aku dah keluarkan kat sini..

    Dibawah ni pula laporan penuh tentang kejadian semalam..

    Sepuluh orang kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kesal dengan pihak kolej menghalang mereka menghadiri majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang di kampus tetapnya di Kuala Ketil, hari ini.

    Tindakan menghalang kakitangan itu menghadiri program yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kira-kira jam 3 petang dipercayai berkait dengan surat tunjuk sebab yang mereka terima dari KUIN, bulan lalu.

    Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Syariah KUIN, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, berkata mereka dihalang memasuki KUIN oleh pengawal keselamatan sejak awal pagi.

    Read More...

    KAMPUS DI KUALA KETIL ASRAMA DI JITRA !! KUIN OH KUIN

  • by
  • Medan Tempur Kedah




  • Siapa tidak kecewa apabila dapat tahu asrama yang sepatutnya siap sepenuhnya sebelum hari pendaftaran tidak dapat diduduki..Lebih malang lagi asrama untuk pelajar Kuin langsung tidak dibina dengan alasan Stadium Darul Iman di Terengganu runtuh dan JKR diarahkan bawa tembaga tembaga kesana..Rujuk artikel sebelum ini (KLIK)

    Itulah keluhan dari pelajar pelajar Kuin yang mendaftar masuk di kampus Kuala Ketil semalam.. Mereka ternyata kecewa dengan sikap pengurusan Kuin yang GAGAL untuk menyiapkan tempat penginapan seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah..

    Read More...

    GAMBARR !! BUKTI PENYOKONG PR DI KEDAH MAKIN BERKURANG

  • Wednesday, 20 March 2013
  • by
  • Medan Tempur Kedah




  • Ceramah Himpunan Anak Muda anjuran parti pembangkang di Alor Semadom, Alor Setar malam tadi, hanya dihadiri kira-kira 50 orang yang rata-rata berumur melepasi usia muda.

    Lantaran itu, hasrat pembangkang untuk menarik pengundi daripada golongan muda bagi meraih sokongan ternyata tidak tercapai.

    Malah, ceramah yang sepatutnya bermula pukul 9 malam itu juga ditunda selama kira-kira 30 minit bagi menunggu kehadiran orang ramai.

    Turut hadir menyampaikan ceramah ialah Ahli Parlimen Jerai, Dr. Firdaus Jaafar; Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Azman Nasrudin dan Ketua Biro Perundangan PKR negeri, Gooi Hsiau Leung
    Read More...

    PANASS !!! 30 RIBU RAKYAT KEDAH DENGAR CERAMAH PAS ??

  • by
  • Medan Tempur Kedah


  • Biaq betui apa yang aku dengaq ni?? Semua blog pencacai Pas Kedah tulis sampai berpuluh puluh ribu hadir..Huh !! tak agak agak nak tulis pun..Sekali aku tengok dah boleh tau berapa ribu saja yang mai semalam..Tu pun semua yang mai totok totok hijau kelat bukannya pengundi atas pagar..


    Meh sini aku nak tunjuk jumlah 30 ribu yang beloger tua Pas Kedah duk merapu tahap bodoh tu..

    Read More...

    PANASSS !!! PHAHROLRAZI KANTOIKAN AZIZAN DAN SANUSI !!!

  • Friday, 22 February 2013
  • by
  • Medan Tempur Kedah

  • Phahrolrazi pi buat spotcheck projek PMBKed...!
    Korang kenal gambar sapa kata atas tu? Yang namanya Datuk Phahrolrazi Zawawi. Dia ni Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan. Dulu dia orang kanan Azizan Razak, tapi tu dulu laaa...skang ni dah jadi musuh!

    Baru ni dia ke Bukit Kaci, nuuunnn...kat Changloon. Susah payah dia ke sana dengan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Zainol Husin. Dia ke sana bawak wartawan Sinar Harian sekali. Dia bawak media...

    Buat apa dia ke sana? Dia ke sana untuk bongkar isu Bukit Kaci. Kenapa dengan Bukit Kaci ni? Rupanya Bukit Kaci ni di ceroboh....siapa yang ceroboh tuuu..? Meh sini aku cerita apa yang aku dapat dari AJK PAS Kawasan kat situ...heh!

    Sebenarnya, kawasan tu orang tempatan teroka. Depa tanam getah dan pelbagai sumber kampung. Dah lama dah. Siap buat rumah dan beranak pinak. Dari belum kahwin, sampai la anak-anak depa masuk sekolah..lebih dari 10 tahun dah depa dok kat situ...

    Tanah tu sebenarnya tanah rezab Melayu milik Kerajaan Negeri Kedah. Bila depa teroka, depa usahakan dan duduk kat situ, maka depa ada hak untuk mohon geran tanah hak milik dari Kerajaan Negeri...kira macam geran TOL laaa...

    Mari "merompak" hasil alam di Bukit Kaci bersama PAS Kedah..!!!
    Depa pun apply laaa.. Ada yang Kerajaan Negeri Kedah luluskan. Itu pun masa time BN yang perintah. Tapi bila PAS jajah Kedah, depa langsung tak dapat apa-apa maklum balas.

    Tiba-tiba, ada pulak satu syarikat ni masuk pi melombong kat tanah tu. Penduduk kampung terkejut! Depa tengok, ada satu signboard tulis Hak Milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed)! Tapi signboard tu terpacak kat situ sekejap saja...

    Lebih kurang dua hari kemudian, depa jumpa signboard tu dalam sungai. Tak tau la kutu mana yang buang!

    Tak puas hati punya pasal, penduduk kampung usaha pi ke Pejabat Tanah (PTG). Sekali lagi depa terkejut bila tanah tu dah digazetkan jadi hak milik PMBKed..!!! Depa usaha dan mohon tanah tu dah lama tak dapat-dapat. Tapi PMBKed pulak yang dapat? Ajaib tuuu...!

    Bila isu ni pecah, maka orang yang paling berkuasa kat Wisma Darulaman (bukan Azizan Razak) tu jawab tanah tu memang PMBKed punya dan telah diceroboh orang kampung. 

    Siap ada binaan aktiviti perlombongan...dah lama dah aktiviti ni beroperasi...
    Malah, dia kata syarikat yang ada hubungkait dengan Azizan tu adalah kontraktor yang dibenarkan PMBKed untuk menjalankan aktiviti perlombongan kat situ...heh! Sekali lagi perkara ajaib berlaku..!!!

    Nak tahu kenapa? Sebabnya, masa lawatan Phahrolrazi kat Bukit Kaci baru-baru ni, dia kata...
    "Kita jangkakan mungkin berlaku aktiviti galian tidak diluluskan di kawasan ini. Kita tahu ini tanah milik MBI, dia boleh melombong. Tapi masih perlu kebenaran kerajaan negeri untuk melombong,"
     Apa maknanya? Maknanya, aktiviti perlombongan di Bukit Kaci tu dilakukan tanpa kelulusan dari Kerajaan Negeri Kedah..!!! Ajaib, kan? 

    Tanah milik PMBKed, lepas tu orang paling berkuasa kat Wisma tu kata syarikat tu kontraktor yang diluluskan, tapi Phahrolrazi sahkan aktiviti di situ tidak ada kelulusan Kerajaan Negeri. Pelik bin ajaibbbbbb...

    Soalan aku...CUBA TEKA SIAPA ORANG PALING BERKUASA TU...???

    *Clue: Bukan Azizan Razak! Heh!



    Read More...

    PANASSS !!! SHARIZAT "SENTENG" LENGAN KAT AZIZAN RAZAK

  • by
  • Medan Tempur Kedah



  • Satu sesi sidang media khas berkenaan isu KUIN yang diadakan di pejabat Pergerakkan Wanita Umno Malaysia PWTC yang dikendalikan oleh Dato Seri Sharizat Abdul Jalil..

    Dalam sidang media itu Ds Sharizat menegaskan kesediaan Wanita Umno dalam membantu kakitangan yang ditindas dan tidak dapat pembelaan langsung daripada Kerajaan Pas negeri Kedah dan juga Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar Kedah..

    Read More...

    AZIZAN KENA HALAU KELUAR DARI WISMA OLEH PENYOKONGNYA SENDIRI

  • by
  • Medan Tempur Kedah



  • Semalam aku difahamkan Dewan Ulama Pas Kedah bersama sama barisan penentang Azizan Razak telah adakan satu mesyuarat di Komplek Pas batu 9..

    Semuanya disebabkan kegagalan dan kelemahan Azizan dalam menguruskan masalah dalaman parti.. Sebanyak 11 DUN mahu Azizan digulingkan dan disokong oleh Dewan Ulama Pas Kedah..

    Dalam mesyuarat itu Dewan Ulama serta musuh musuh Azizan telah bersetuju untuk membawa desakkan supaya Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Kedah lepaskan tahtanya ke peringkat Pas Pusat..

    Antara orang pertama yang ditemubual pemberita selepas desakkan ini adalah Timbalan Pesuruhjaya I, Phahrolrazi Zawawi yang selama ini dilihat sebagai ketua untuk jatuhkan Azizan..

    Read More...

    BELOGER PAS KEDAH BERANI DEDAH KA PASAIPA KUIN KENA SAMAN ??

  • by
  • Medan Tempur Kedah

  • Awat taktau hari ni aku main isu KUIN saja..Adehh dari tengah hari, petang sampai ke malam bab KUIN ja aku main..Kalau nak diikutkan situasi sebenar masalah KUIN bukan sikit..Tapi memang banyak..Tiap tiap hari ada saja masalah dalam KUIN..Bukan saja dari segi pentadbiran, malah pelajar jugak terkena tempiasnya..

    Kali ini aku dapat tau Insaniah Holding anak syarikat Insaniah Sendirian Berhad iaitu Syarikat yang mempunyai 5 cabang anak syarikat dimana kesemua mempunyai 5 CEO yang dibayar gaji puluhan ribu ini bakal di saman dengan nilai jutaaan ringgit jika gagal membayar hutang

    Read More...

    PELAKON VETERAN KUSWADINATA MENINGGAL DUNIA

  • Sunday, 17 February 2013
  • by
  • jerai kini

  • Pelakon veteran Kuswadinata, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

    Allahyarham meninggal kira-kira pukul 5.07 petang semalam dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

    Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

    Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.


    “Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

    “Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

    “Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak,” ujarnya.

    Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

    Read More...

    Tahniah, JAKIM bakal Dinaiktaraf Kepada Kementerian! Siapa Menteri Pertama Kementerian ini?

  • Friday, 15 February 2013
  • by
  • pisau kedah 2


  • 1. Di dalam satu mesyuarat tertutup kabinet, telah dipersetujui bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bakal dinaiktarafkan kepada satu kementerian.

    2. Usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun untuk mendapat sebulat suara untuk menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.

    3. Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara.

    4. Tahniah diucapkan kepada warga JAKIM dan DS Najib Tun Razak kerana berjaya merealisasikan usaha yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi.

    5. Komplikasi yang menyukarkan usaha ini adalah kerana untuk mendapat persetujuan kabinet dan juga mengatur serta menyelaraskan Hal Ehwal Agama Islam yang selama ini di bawah kuasa Sultan negeri masing-masing dan juga Yang Dipertuan Agong.

    6.Undang-undang setiap negeri berhubung dengan munakahat dan juga muamalat adalah berbeza bagi setiap daerah dan kawasan.

    7. Maka penyelarasan dan pentadbiran untuk setiap negeri ini memakan masa yang lama. Disamping untuk mendapatkan persetujuan kabinet yang bukanlah semuanya beragama Islam.

    7a. Maka dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal. Isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan. Isu seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

    8. Maka persoalan pertama yang akan timbul adalah siapakah bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam ini?

    9. Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43:


    Perkara 43. Jemaah Menteri.
    (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
    (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
    (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
    (b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
    tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
    (3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
    (4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
    (5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
    (6) Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
    (7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
    (8) (Dimansuhkan).
    (9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota Jemaah Menteri.

    10. Tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

    11. DS Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun.


    12. Terdapat khabar angin bahawa DS Najib bakal menasihatkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Ustad Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam.

    12a. Tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.- Baca selanjutnya
    Read More...

    Tahniah !!! Pemuda PAS Kedah Berani Mempertahankan Azizan Razak

  • by
  • pisau kedah 2



  • Walaupun berbeza pandangan politik dengan Pemuda PAS Negeri Kedah, Pisau Kedah nak ucapkan Tahniah kepada Pemuda PAS Negeri Kedah kerana berani ke hadapan ( walaupun 10 hari sudah berlalu ) untuk mempertahankan Azizan Razak, selaku Menteri Besar Kedah yang di kritik hebat oleh segelintir penyokong PAS yang terlalu extrem dalam berpolitik.



    Pisau Kedah akui sering mengkritik kelemahan Azizan Razak di dalam mentadbir negeri. Tapi tidak la sehingga sanggup menganggap Azizan Razak seorang yang sial, tidak la sampai Pisau kedah anggap Azizan Razak seorang yang kafir.


    Bagi Pisau Kedah sial atau tidak seseorang tu, kafir atau tidak seseorang tu ianya di tentukan Allah S.W.T dan bukannya di tentukan makhluk ciptaanya.

    Apa yang Pisau Kedah dapat lihat, agak keterlaluan segelintir ahli PAS yang extrem kepada politik menghina Azizan Razak. Pisau Kedah yang berbeza pandangan politik dengan Azizan Razak pun sakit hati apabila mengetahui Azizan Razak di Sialkan oleh mahasewel Khalid Ismath yang mengakui dirinya berpegang pada ajaran fahaman syiah.

    Yang paling Pisau Kedah agak terkejut adalah dengan sikap segelintir penyokong PAS di dalam kumpulan YB Nasir Mustafa, sanggup kafirkan Azizan Razak hanya kerana Azizan Razak menghadirkan diri ke program Kerajaan Pusat " My Baeutiful Malaysia " dengan berpakaian IM4U.

    Rasanya tidak keterlaluan la Azizan Razak memakai baju IM4U kerana 1M4U ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai pasukan pengurusan membawa profesional oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Ahli pengurusan yang berpengalaman, mempunyai kepakaran yang relevan dan yang paling penting sekali, mempunyai hati dan semangat untuk aktiviti sukarela akan memastikan kemapanan dan keberkesanan 1M4U.
    Read More...

    Hot !!! Isu Pembalakan Dan Janji Geran Tanah Gunung Inas Buat PAS Kedah Merana Hendak Jawab #TukarKedah

  • by
  • pisau kedah 2

  • Isu pembalakan untuk membuat Ladang Rakyat Baling serta kes tuntutan geran di kaki gunug Inas Baling jadi semakin celaru apabila hari ke sehari terdedahnya penipuan yang di lakukan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS.

    Terbaru, ketua Team Media Kedah ( Kedah Ke KL ) telah mendapat satu email mengenai kedudukan sebenar berkenaan tanah Ladang Rakyat di Gunug Inas yang sebelum ini menjadi tanda tanya keadaan status sebenar tanah berkenaan. Di katakan status tanah itu menjadi masalah besar untuk di buat geran seperti yang di janjikan.


    Patutlah sehingga sekarang PAS Baling lagi masih tidak mampu menunaikan janji mereka untuk memeberi geran tanah kepada penduduk kampung. Rupanya ada permasalahan besar yang sedang di hadapi PAS Baling.


    Pisau Kedah sudah agak. Kawasan yang di lakukan pembalakan untuk di bangunkan Ladang Rakyat oleh Kerajaan Negeri serta kawasan tanah usaha orang kampung yang berhampiran dengan kawasan yang hendak di bangunkan sebagai Ladang Rakyat masih lagi dalam keadaan status Hutan Simpan Kekal dan bukannya status Ladang Hutan seperti mana yang di dakwa Kerajaan Negeri.


    Tak mungkin Hutan Simpan Kekal boleh di tukar kepada Ladang Hutan bagi membolehkan pengambilan balak secara menyeluruh tanpa adanya pemohonan Kajian Kesan Alam Sekitar atau EIA dari Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu.


    Ini bermakna Kerajaan Negeri membuat pembalakan secara menipu !!!


    Selain daripada itu sekiranya kawasan Gunung Inas masih berstatus Hutan Simpan Kekal. Ini bermakna kawasan yang di jadikan Tanah Usaha orang kampung dalam kawasan Gunung Inas masih lagi dalam berstatus Hutan Simpan Kekal sepertimana kawasan yang di bangunkan Ladang Rakyat. Geran Tanah yang di janjikan PAS hanyalah satu janji kosong sahaja kerana tanah yang berada di kawasan Hutan Simpan Kekal tidak boleh di buat Geran Tanah.


     

    Orang kampung yang usaha tanah tersebut hanya layak mendapatkan Pas Memindah Daripada Tanah Pemilik ( TOL ) sekiranya tanah yang di usahakan masih lagi berstatus Hutan Simpan Kekal.

     

    Ini bermakna PAS Baling, iaitu pejabat Pejabat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR ) DUN Kupang, YB Johari Abdullah yang selamai ini mengutip duit orang kampung untuk di sukat tanah yang di janjikan geran hanyalah sia-sia sahaja kerana tanah berkenaan tidak boleh di buat geran. 

    Dari maklumat yang pihak Team Media Kedah perolehi. Sebanyak 8000 ekar tanah yang di usahakan orang kampung semuanya di anggarkan menelan belanja RM300 Ribu untuk kos ukur tanah yang di jalankan Syarikat Jurukur yang di lantik PKWR DUN Kupang dan sebanyak RM150 Ribu telah Pejabat PKWR DUN Kupang membayar kepada syarikat terbabit. Lagi RM150 Ribu, Pejabat PWKR DUN Kupang masih berhutang kepada syarikat terbabit. 

    Di harapkan Pejabat PKWR DUN Kupang dapat memberi penjelasan berkenaan duit yang telah di kutip dari orang kampung bagi proses pengukuran untuk membuat geran tanah seperti yang di janjikan. 

    Manakala pihak Kerajaan Negeri perlu berterus terang tentang status tanah yang di buat pembalakan secara menyeluruh di Gunung Inas. Adakah masih berstatus Hutan Simpan Kekal atau sudah di tukar kepada Ladang Hutan. Sekiranya Kerajaan Negeri mengatakan Gunung Inas sudah di tukar kepada Ladang Hutan dari Hutan Simpan Kekal. Sila buktikan telah mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam sekitar untuk mengubah status Hutan.
    Read More...

    PANASS!! Bila Ketua Blogger Pas Kedah KENA SAPU Dengan Naib Ketua Puteri UMNO!! #PasTulurKucut

  • Saturday, 9 February 2013
  • by
  • McTheory


  • Lawak betui la Penerangan Pas Kedah si Zulkifli Yahaya yang juga Ketua kepada blogger Pas di Kedah. Pada mulanya nak berlagak hero, dengan menyerang Shahanim Naib Ketua Puteri Malaysia. Namun serangan Zul Ya tu dapat dipatahkan dengan mudah, lalu Zul Ya.. tunduk mengalah dan mengundur diri. he he.. apa punya tur.. ingat hebat sangat, rupanya menikus!

    Baca screen shot yang Mc ambil dari blog Duke



    Apa daa.. Zul Ya oii.. dalam blog sikit punya hebat dok hentam Shahanim, fitnah sana, fitnah sini. Tapi bila berdepan, kaku terus tanpa jawapan. Apa ni Zul??

    Untuk cerita lebih detail pasal ni, boleh baca kat SINI

    McTheory:
    Dengan perempuan KALAH ka? cehh..
    Read More...

    PANASS!! Saham FELDA #FGVH Akan Terus Menjunam Jatuh? - Dr Pakar Jiwa

  • Thursday, 24 January 2013
  • by
  • McTheory

  • Sudah lama kita tak berceritakan mengenai felda, dengar cerita FGVH sudah berkembang maju dengan penyenaraian di bursa saham. Namun disebalik kejayaan tersebut masih ada kedengaran suara-suara sumbang membenci kejayaan felda dengan pelbagai tohmahan.

    Dulu kita ada ANAK 'haram' Mazlan Aliman yang sentiasa mengeluarkan kenyataan dan masuk kampung felda untuk buat kacau. Namun kali ni ada pulak seorang Doktor yang mengaku pakar dalam bursa saham dan kerjanya hanya mengkritik felda.

    Siapa doktor ni? Namanya Dr. Rosli Yaakub, dulu dia kerja di Bank Negara selama 18 tahun dan sekarang dia CEO kepada sebuah syarikat kewangan di Dhaka, Bangladesh. Jauhnya dia cari makan sampai ke Bangladesh sana nu.

    Dia dulu pernah menjadi timbalan gabenor bank negara, tapi itu tidak menjadikan dia seorang pakar analisis pasaran saham. Tambahan pula Dr. Rosli ni kelihatan memang 'hardcore' Pas. Jadi tak mustahil lah dia akan tentang segala usaha kerajaan untuk memajukan negara.

    Puak ni kalau benda baik pun dikatakan buruk, contohnya macam pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu. Punyalah bantah kata membazirkan duit rakyat, tetapi sekarang, siap minta satu lagi. Nampak sangat bantahan awal mereka tak guna otak.

    Samalah dengan apa yang terjadi sekarang ni, apa saja yang felda (FGVH) buat semuanya salah dan tak berguna.

    Contoh macam kenyataan dia kata "Saham FGVH akan jatuh merudum". Padahal, semua saham time tu jatuh disebabkan khabar angin yang mengatakan Parlimen akan dibubarkan pada 22 Feb.

    Jadi sudah tentulah khabar angin itu akan memberi kesan sedikit pada pasaran saham. Dia kata dia pakar pasaran saham, takkanlah benda macam tu pun dia taktau kot. Pakar apa macam tu? Pakar menipu?

    Paling malang bagi Dr. Rosli ni apabila dia salah dalam analisis terbarunya dan saham FGVH dah naik balik dalam 2-3 hari ni dan semalam terus naik kepada RM4.51. Jadi, analisis doktor pakar jiwa tu memang lari langsung. Tak boleh pakai!

    Bak kata orang, kalau tak pakar dalam sesuatu bidang, jangan mengaku pakar. Sebab ianya akan memalukan diri sendiri.

    Contoh paling bebal apabila dia kata para peneroka akan tanggung rugi sebab nak kena bayar pinjaman bank beli saham FGVH dulu. Padahal, PM awal-awal lagi (september tahun lepas) dah umum bahawa Felda akan take over semua hutang, kadar faedah bank dan sebagainya. Maknanya, peneroka hanya bayar harga 800 unit saham tu je la. Tak payah tanggung apa-apa pun.

    Dr. Rosli kena tahu, kerajaan Malaysia tidak akan aniaya para peneroka yang melabur dalam saham FGVH. Mereka dijaga baik oleh kerajaan. Jangan risau la pasal peneroka sebab dari dulu sampai sekarang selama mereka dengan felda, tak pernah mereka rugi. Dari zero become to hero!

    Jadi kepada peneroka atau sahabat yang ada kena mengena dengan felda, tak payah risau pasal Dr. Rosli ni, atau doktor yang Mc gelarkan sebagai doktor pakar jiwa. Sebab dia taktau apa pun, apa yang dia tau hanya bantah apa saja yang kerajaan buat untuk felda. Mungkin itu tugasnya sekarang, bantah la apa pun, janji bantah!

    Sebab tu sekarang ni dia hanya layak menjadi CEO kat Bangla sana tu. Orang Malaysia dah tak yakin dengan doktor pakar jiwa ni, siapa nak percaya dia ni, analisis semua gagal, hancur!

    Jadi, dengan orang macam ni, tak usahla percaya, kalau kita layan, dengan kita sekali pun sakit jiwa. hehe..


    McTheory:
    Bila si bodoh nak jadi pandai, inilah jadinya!
    Read More...

    PANASS!! Tahniah Pas Kerana Memajukan Pusat Komuniti KUIN!! #TukarKedah

  • by
  • McTheory



  • KUIN melangkah kehadapan sekali lagi apabila berjaya membuka Pusat Komuniti Pas dalam kampusnya di Mergong. Blog Medan Tempur Kedah ada cerita baik punya pasal KUIN ni.

    Pada asasnya Pusat Khidmat Komuniti KUIN  ditubuhkan adalah untuk mengadakan program dan aktiviti setempat bersama penduduk dan rakyat di Kedah.

    Sebelum ini Pusat Khidmat Komuniti berjaya menaikkan nama KUIN didalam setiap program dan aktiviti kemasyarakatan..Banyak program pengajian ala ala pondok diadakan.

    Sehinggalah bertukarnya pengarah baru..Pengarah baru Pusat Komuniti KUIN ini adalah Ust Ghani Samsudin..Beliau merupakan orang berpengaruh dalam Pas pust dan pernah menjadi calon di Dun Sg Burong Selangor.

    Pusat Khidmat Komuniti KUIN sekarang ini lebih banyak tertumpu kearah mempromosi Pas dari menaikkan nama KUIN sendiri..Kalau dilihat pada screen shot yang aku ambil dari FB Pusat Komuniti KUIN hampir kesemuanya posting tentang parti Pas.

    inilah dia pengarah baru Pusat Khidmat Komuniti KUIN Ust  Ghani


    Ini membuktikan lagi bahawa Azizan dan Jamil hanya mementingkan kroni sehingga sanggup memberi jawatan apa saja dalam KUIN, hakikatnya mereka ini lebih banyak buat kerja parti dari KUIN..

    Sebenarnya banyak cerita menarik aku dapat tau pasal Pusat Khidmat Komuniti KUIN.. Kalau dedah confirm Azizan kena serangan jantung..Tapi buat masa ni, Aku kongsikan dulu macamana Pas gunakan Pusat Komuniti KUIN untuk kepentingan parti..

    Patut la Azizan sayang sangat kat Jamil tu, rupanya Jamil tu dok kempen Pas dalam KUIN. Nampak sangat Jamil ni budak pesuruh Azizan.

    Sampai lingkup KUIN Jamil kerjakan, tapi Azizan tetap sayang, rupanya sebab macam ni la..


    McTheory:
    Untuk Selamatkan KUIN kita perlu tukar kerajaan negeri Kedah
    Read More...

    User Online


    Pengikut

    Popular Posts

    Network Blog